Pages

Saturday, September 24, 2011

A New Chapter

       Since I'm now entering a new stage of life journey, I've decided to do some small changes to my blog. A new name is given. I would like to share, to tell, some of my life journey via this blog. Not much interesting, but still, good enough to be shared...




Sunday, September 18, 2011

My Master, My Life

Setelah sekian lama blog ni "mati", hari ini aku post entri baru. Sepanjang semester akhir sebagai pelajar sarjana muda, pelbagai peristiwa yang aku lalui. Baik dari segi menguruskan pelajaran, juga kepada menguruskan pergaulan dengan mereka yang berada disekeliling aku. Alhamdulillah, semuanya telah dilalui dengan baik. 

Kini, kaki ini berpijak semula di bumi UiTM, tapi dengan status yang berbeza. Alhamdulillah, dengan kemurahan rezeki, aku menyambung pengajian di peringkat Sarjana (Master) Kejuruteraan Elektrik. Aku tidak perlu mengikuti kuliah. Duduklah di mana-mana yang dirasakan kondusif, dan buat kerja-kerja penyelidikan. Aku diarahkan oleh supervisor untuk menyiapkan penyelidikan aku dalam tempoh 3 semester. Aku membuat penyelidikan berkaitan "Artificial Intelligence (AI)". Aku mengenali istilah ini sejak aku di sekolah rendah. Aku berasa pelik apabila ramai yang tidak tahu apa itu AI, sedangkan kehidupan kita di zaman ini memang banyak bergantung pada AI. Ia topik yang sangat seronok. 

Apa pun, aku mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang telah banyak membantu dan ada bersama-sama dengan aku sepanjang tempoh 6 tahun ini. 

Sehingga bertemu lagi dalam post akan datang.